Wednesday, February 16, 2011

Apam gula hangus


Tetiba je teringin nak makan apam ni...kalau ikutkan mcm malas dah nak buat sbb mesti tak de sapa nk mkn.Iyta je yg suka ngan apam ni. Dah la anak2 dan suami tak sihat ..selera mkn pun kurang. Tapi kerana tekak badan jd rajin..Anak dan suami mkn gak la seketul dua masa tgh panas2..selebihnye..iyta bg kt jiran.
Resepi ni iyta ambik dr blog abg mat yg gebu tu..".kek gula hangus " 
thx ye abg mat.

Tp iyta kukus jd apam la...tk jd kek pun..dlm nye pun tak bersarang sbb tak perap..siap adun terus iyta kukus.Terlupa plak nak snap gmbr dlm apam tu..tp mmg tak bersarang ler.
Dari segi rasa mmg iyta suka..sbb tak manis sgt..dan lembut je..

Ni resepinye iyta copy n buh kat sini sbg rujukan..

BAHAN-BAHANNYA :-)
110 gram gula pasir
120 ml air
30 gram mentega
3 biji telur gred "A"
80 gram susu pekat manis
90 gram tepung gandum*
1 1/4 camca teh soda bikarbonat*(*gaul rata dan ayak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 x7 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak (mat gebu guna acuan berlubang tengah jenis buatan silicone). Masak gula pasir hingga menjadi gula hangus, guna api sederhana. Perlahan2 tuangkan air tadi..berhati2 sebab gula akan memercik. Kacau rata dan masukkan mentega, biar mentega larut. Sejukkan.
  2. Putar telur hingga berbuih. masukkan susu pekat manis dan putar hingga sebati. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Putar rata, tuang gula hangus tadi dam gaul rata. Perap adunan tadi 2-3 jam..
  3. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Uji kek dengan mencucuk lidi sate, bila keluar bersih, tanda kek telah masak. Keluar dan dari acuan dan biar sejuk sebelum dipotong...

No comments: