Wednesday, December 16, 2009

SALAM MAAL HIJRAH/SELAMAT TAHUN BARU

Semuga tahun baru ini kita semua akan perolehi keberkatan, kebahagiaan dan limpahan rezeki yg berpanjangan....serta selamat dunia akhirat....amin


DIBACA SELEPAS SOLAT ASAR


Maksudnya : Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.

Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku.

Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


DIBACA SELEPAS SOLAT MAGHRIB
Maksudnya : Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.

Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari Syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Tuesday, December 15, 2009

American Choc Cake


Kek yg diorder oleh Ita (nama sama cam tuan punye blog ni)..utk meraikan ulang tahun Suaminye yg ke......dan Wed. Anniversary mak suaminye....Ita ni kalu order kek mesti nak kek coklat...jd kali ni Iyta buatkan American Choc Cake...
Thx Ita sebab tak jemu2 order kek ngan Iyta dan sentiasa menyokong bisnes Iyta frozen..
Sayang Ita...muahhhh

Wednesday, December 9, 2009

Happy Anniversary Kak Noami

Kak Noami order utk Anniversary ke 12...
Terima kasih kak sebab selalu order kek ngan Iyta......





Monday, December 7, 2009

Simplenye Birthday cake utk tuan punya blog

Happy Birthday tuk Tuan punya blog ni ye...(wish diri sendiri....he he he )
Dah lepas pun birthday....tp baru sempat buh gambar kek kat sini.
Iyta buat 2 jenis kek Blueberry (tuk anak2) n cheesy fair lady (tuk tuan punye besday)
Pastu ada plak bg pihak nak memotong kek besday ni....dia yg terlebih seronok...n tak sabar nak makan kek..








Kek Hari Raya AidilAdha - 2

Kali ni Iyta plak yg order kek...saja nak buh gmbr kek yg Iyta order secara online dari "SURISARAWAK"...http://surisarawakhomemadecake.blogspot.com/ (kek lapis evergreen)
Nasib baik ler order kek ni...selain rasanye yg sedap...sbnrnye ni je la yg iyta bwk balik ke kg tuk Raya Korban baru ni....hu hu hu....

Kek Hari Raya AidilAdha

Kek ni last minute order dari kwn En Suami(En. Suami tolong orderkan..telefon dari tpt keje)..tgh hari order...nak ambik ptg balik dari kerja.....memula tak mau ler nak terima.... En. Suami kata.."buatkan je la"...yg kecik pun ok....ok la....kwnnye pasal...
Masa En. Suami telefon suh tuliskan Happy Birthday Abg. Chik atas kek tu..Iyta pun ok je la...terlupa nak tanya umur berapa...?Dlm kepala ni plan nak buh gambar batman ke spongebob ke....apa2 katun ler kan...
tp tergerak plak hati nak tanya semula En Suami umur tuan punye kek ni.....rupanye abg chik tu umur 25thn ke 35thn ....confuse plak....

Kek yg diorder oleh Ita utk raya korban yg lalu serta utk birthday anaknya Mustaqeem yg dirai pada Aidiladha yg pertama..Tq Ita...len kali order lg ye Order dari Kak Fishah ...Kak Fishah ni order ..choc cake...choc cupcake n brownies....pastu bila pk balik...semuanya ada chocolate n gelap2 belaka....
Anyway terima kasih ye kak Fishah sbb sudi order kek ngan Ita


Tuesday, November 24, 2009

Cupcake sebagai cenderahati