Friday, March 27, 2009

KEK PLANET ???????????


Baru2 ni Iyta ada cuba membuat kek. Resepi kek ni Iyta ambik dari majalah Rasa keluaran bila tah...tak ingat plak.... Nama kek ni pelik ...KEK PLANET.... Tak tau la dari planet mana,....Tp lepas dibakar dan dimakan...rasa kek ni mcm kek butter je....resepi pun lebih kurang mcm kek butter.....tp rasanye mmg sedap gak la....ikut tekak iyta ni sumer kek butter sedap...Iyta mmg sukakan kek butter......

Heran la pasal pe la depa namakan Kek Planet ?????????musykil tulll......
Ni resepinye kalu nak mencuba....

KEK PLANET

Bahan2

250gm Butter - Iyta guna margerin je
160gm Gula kastor
4 biji Telur
1
80gm Tepung Gandum
20gm Susu Tepung

1/2 sudu teh serbuk penaik
2 sudu makan serbuk koko bancuh dgn 3 sudu makan air panas

1/2 sudu teh perisa oren
1/2 sudu teh pewarna oren

Cara
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi
  3. Satukan tepung,susu dan serbuk penaik
  4. Perlahankan mixer dan masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit.
  5. Gaul sebati
  6. Bahagi adunan kepada 2 bahagian
  7. Satu bahagian masukkan pes koko dan satu bahagian lagi masukkan perisa oren dan pewarna oren
  8. Alas loyang dgn kertas minyak
  9. Lapiskan adunan berselang seli
  10. Bakar selama 40 - 45min dgn suhu 180 C atau hingga masak

Thursday, March 19, 2009

Mari cuba buat Roti Arab


First time Iyta cuba buat roti arab. Roti ni tuk breakfast.Anak2 suka betul dpt main ngan tepung.
Bila bab menggoreng depa lagi suka... tgk roti tu jadi kembung........
Selalunye kalu nak makan roti arab mesti p kedai Abang E Capati kat Lunas....
Lepas ni jimat la sikit leh makan sepuas2nye......
Iyta buat ikut betul2 resepi tu...punya la banyak ..berbiji2 roti .....sebab sebiji roti Iyta buat comei2 je.....kalau buat besaq nnt anak2 makan tak abis....
Len kali kalu nak buat kena bahagi 3 dari adunan asal.......baru sesuai ngan family Iyta...

Buat ikut resepi yg diambil dari internet ...
kat sini
Rupanye senang je nak buat roti arab ni......makan ngan gulai ayam ke..daging ke..ikan ke...sumer sesuai dan menyelerakan.....

Iyta cut n paste resepi tu di sini juga ye...:terima kasih kepada penyumbang resepi ni...

Bahan-bahan ( 16 biji )

  • BAHAN A :
  • 1 peket (11gm) yis mauripan
  • 1 Sb gula
  • 1/4 cawan air
  • BAHAN B :
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 sk garam
  • 1 sb gula
  • 2 sb marjerin @ mentega
  • 200 ml susu cair
  • minyak utk menggoreng
Cara-cara
  1. Dscn0779
    penyediaan yis (bahan A):masukkan yis dlm mangkuk + gula + air dan kacau. tutup dan biarkan sebentar.yis yg elok ia akan berbuih.
  2. Dscn0778
    Tepung gandum + gula + garam + marjerin ,gaul sebentar dan masukkan bancuhan yis tadi.
  3. kemudian masukkan susu.sambil tu tambah air sedikit2.uli hingga jadi doh.
  4. Dscn0780
    Doh harus lah lembut dari doh roti canai.tak perlu uli hingga licin spt buat roti2 lain.tak mengapa jika adunan melekat ditangan,jgn tambah tepung.
  5. tutup dengan kain lembab dan perap selama 1 jam.
  6. selesai perap,tumbuk2 kan doh utk mengeluarkan angin dan bahagikan kepada 16 ketul.buat bulat2.
  7. Dscn0781
    Ambil sebiji dan canai.jgn terlalu nipis.agak2 sndir lah ye..!kemudian letak di dlm dulang yg telah ditabur sedikit tepung.canai hingga habis.
  8. Dscn0788
    bila selesai semuanya boleh digoreng.semasa menggoreng simbah2 kan minyak ke atas roti dan ia akan mengelembung.api jgn terlalu kuat sbb jika minyak terlalu panas roti x sempat kembung.
  9. alih2 kan roti dan masak hinga kekuningan.angkat dan toskan.siap utk dihidang.
  10. Enak dicicah dgn sambal sardin,ikan bilis,kari ayam & daging.SELAMAT MENCUBA..!

Thursday, March 12, 2009

Label n packaging samosa terkini

SAMOSA
Makluman terkini .......Packaging samosa telah diperbaharui.
Ada samosa Ayam dan Daging
Harga : RM4.00 / sepeket = 10 biji


Wednesday, March 4, 2009

Karipap

Karipap Daging

Karipap ni ditempah oleh kawan-kawan adik ipar.Tq tuk adik iparku yg rajin me"war2"kan produk kakak ipar nye ni.....dan terima kasih juga kepada kwn2 adik yg meng"order".... Iyta mmg tak de menyimpan stok karipap ....jd pada sesiapa yg ingin mencuba...boleh la membuat tempahan awal ye....

Inti : Rempah kari, kentang, carrot, daging/ayam
Harga : RM4.00/sepeket = 10biji








Sunday, March 1, 2009

Pau Jagung

Mini Pau Jagung

Mini Pau Jagung ni telah di "order" oleh kawan adik ipar
(cikgu ?????) lupa nak tanya nama...

Pau jagung ni mmg tak de stok dlm freezer. Jadi kalau sesiapa nak mencuba boleh la menempah seawal yg boleh.
Harga sepeket: RM4.00 / 10biji

Kulit pau yg berwarna kuning tu menggunakan carrot juice bukan pewarna.
Inti menggunakan kastad (Tanpa telur) dan jagung.