Saturday, January 29, 2011

RED VELVET CAKE tp tak red sgt....

Semalam iyta try buat red velvet cake...ramai sgt yg cerita pasal kek ni..iyta tak penah makan tak tau la rasa mcm mana. Jd angin rajin tgh duk mai...terus masuk dapur...lgpun baby tgh tido n ada yg mengasuh jd bleh ler cuba bakar kek yg fames ames ni..Nnt ada peluang lg..iyta try resepi lain plak. Kali ni iyta amik resepi dari blog maklang. Frosting iyta tak buh tebal sgt..takut muak plak..maklum ler tak penah makan...nnt kek tu terbiar mcm tu je dlm fridge.


Red velvet Cake / Cream cheese Frosting
Tak merah sgt la mak ngah..kena tukar nama ni..,maroon velvet cake



Ini resepinye iyta copy dari blog maklang..tq mak lang

RED VELVET CAKE
Sumber : ZatiDhati
Bhn A - diayak bersama
250g tepung kek
1st b/powder
1/2st garam
2sb koko powder
Bhn B
240ml buttermilk (240ml susu cair + 1st cuka, biarkan 10')
2sb pewarna merah (dicampur dlm buttermilk)
Bhn C
300g gula castor
113g butter
2 biji telur A
1st vanila
Bhn D
1st cuka
1st b/soda
Cara
Pukul butter selama 2'
Masuk butter pukul lagi 3'
Masuk telur sebiji2
Masuk vanila
Masuk Bhn A - tepung dan bmilk selang seli...mula dengan tepung, akhiri dengan tepung
Dlm bekas lain msukkan bhn D, habis je buihterus masuk dlm adunan bater.
Masuk dlm loyang 7' dan bakar 175C selama 30'

Tuesday, January 25, 2011

Pizza Mat Gebu

Mai kita buat piza plak...sbnrnye dah lama iyta buat piza ni...cuma baru nak post kat sini je.Resepi iyta ambik dari blog abg mat gebu yg gebu tu...thx ye abg mat..
Iyta uli piza ni guna tgn je..sbb bhnnye pun sikit je.Satu adunan ni iyta bahagi 3.Dpt la tiga keping piza size 7in.Ini resepinye.iyta copy dari blog abg mat kita tu...

 BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

BAHAN-BAHAN PIZZA GEBU :-)
3 batang sosej ayam "ayamas", hiris serong
4 hirisan gegelang red capsicum
4 hirisn gegelang yellow capsicum
4 hirisan gegelang green capsicum
1 biji bawang besar, hiris bulat (optional)
175 g keju mozzarella, hiris nipis2
Sos tomato dalam botol secukupnya

bahan toping ni iyta guna apa yg ada je...
jd ikut suka la ye nk buh apa.

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
  2. UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat (gambar no 1). Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal (macam dalam gambar no2). Ratakan sebahagian sos pizza tadi (gambar no. 3) dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella (gambar no. 4). Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.
Caranye buleh ler tgk kat blog mat gebu

Kek pertama 2011.

Kek badut utk Qowi n Nur Mas Fathihah.
Kek utk majlis ulang tahun ke 3 Fathihah,cucu sulung Iyta sebelah suami. Kek ni buh nama Qowi sekali..sbb sambut birthday pd bulan yg sama..lgpun Qowi belum potong kek lg thn ni...join skali la.senang keje mama kan...
Tgn dh keras nk mendeco...badut tu pun mcm terpaksa jd badut je..huduh tul rupa.
Kali ni Iyta buat sponge cake,peach fruit filling with fresh cream.



Thursday, January 20, 2011

Kek terakhir tahun 2010

Ni kek yg terakhir iyta buat pd tahun 2010. Sbnrnye kek ni Iyta bg jiran yg telah meminjamkan hand mixer kat Iyta...
Hand mixer iyta rosak masa buat birthday cake utk Akmal...terpaksa pinjam mixer jiran..jd sebg tanda terima kasih iyta bg ler blackforest cake ni...dan sebiji lg utk kami makan2...
Pasni kena tunggu plak kek tahun 2011...tahun ni belum buat kek lg...hand mixer baru beli..lum cuba try test lg ....huhuhu

Blackforest cake utk Zah


Sponge Cake,blueberry filling with fresh cream...utk makan sendiri je..

Blackforest Cake utk Akmal yg Ke 14thn

Ni pun kek tahun 2010...baru nak upload..blackforest cake utk Akmal..Sambut birthday di rumah Long Bedah.


Blueberry cake untuk Faiz

Ni kek tahun lepas...Iyta buat utk Faiz sempena Birthday dia yg ke 11 thn. Dia yg request nak blueberry cake ngan fresh cream.



Wednesday, January 19, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Dah setahun blog ni tak diupdate..keadaan yg tak mengizinkan untuk Iyta aktif pada tahun 2010.
2011 ni pun belum tau lg samada boleh menerima tempahan atau tidak..Nnt Iyta akan maklumkan sekiranya dah bersedia menerima tempahan.
Kali ni nak update koleksi gmbr2 kek/tempahan yg Iyta belum letak dlm blog ni..Cuma untuk rujukan iyta je nnt dan boleh la pengunjung blog iyta ni cuci mata ye...





KEK AISKRIM