Biskut raya dah abis....tp teringin nak makan biskut raya...(walaupun seblm raya tak buat pun biskut raya...bawa balik dari rumah ibu mertua je...he he he )
Iyta pun rajin2kan diri ni buat biskut raya ni...
Resepi biskut ni iyta amik dari fp kak rinnchan..tajuk biskut raya ni "Dark Piping"..tp anak Iyta panggil "Dark Caterpillar..."
Cuma iyta ubah sikit je...badam iyta tukar ke nestum (sbb tak de badam dlm simpanan)
Rasanye menepati citarasa Iyta...
Nak cuba???ini resepi nye....iyta cut n paste je
DARK PIPING
Sumber : Beli acuan dapat resipi free... (kak Rinnchan : http://rinnchan.fotopages.com)
Bahan-bahan:
250gm mentega
100gm gula castor
1 biji putih telur
1 tsp madu
250gm tepung gandum
80gm tepung naik sendiri
20gm serbuk koko
1/4 tsp baking powder
Secubit garam
Bahan Hiasan :
100gm coklat putih, dicairkan secara double boiler
50gm badam cincang, dipanggang dlm oven atau digoreng tanpa minyak hingga kekuningan
(badam ni iyta ganti ngan nestum - tak yah panggang nestum ni)
Cara-cara:
1. Ayak tepung gandum, tepung naik sendiri, baking powder dan secubit garam. Ketepikan.
2. Pukul mentega, gula, putih telur dan madu hingga sebati. *Tidak perlu pukul mentega dll sampai kembang mcm buat kek nanti biskut akan jadi terlebih rapuh dah mudah pecah. Cukup sekadar sebati dan rata. Pukul dengan spatula atau mixer ok.
3. Masukkan adunan tepung ke dalam adunan mentega. Kacau sehingga menjadi doh yang embut. Tak perlu uli lama-lama.
4. Ambil sedikit adunan, masukkan ke dalam acuan dan tekan sehingga membentuk seperti di gambar.
5. Lengserkan loyang dengan mentega. Susun biskut dan bakar pada suhu 170 darj cel selama 12min - 15min.
6. Sejukkan di atas dawai penderai.
7. Celup hujung biskut dalam coklat putih dan taburkan badam cincang. Biarkan sehingga coklat mengeras, kemudian bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment