Thursday, March 19, 2009

Mari cuba buat Roti Arab


First time Iyta cuba buat roti arab. Roti ni tuk breakfast.Anak2 suka betul dpt main ngan tepung.
Bila bab menggoreng depa lagi suka... tgk roti tu jadi kembung........
Selalunye kalu nak makan roti arab mesti p kedai Abang E Capati kat Lunas....
Lepas ni jimat la sikit leh makan sepuas2nye......
Iyta buat ikut betul2 resepi tu...punya la banyak ..berbiji2 roti .....sebab sebiji roti Iyta buat comei2 je.....kalau buat besaq nnt anak2 makan tak abis....
Len kali kalu nak buat kena bahagi 3 dari adunan asal.......baru sesuai ngan family Iyta...

Buat ikut resepi yg diambil dari internet ...
kat sini
Rupanye senang je nak buat roti arab ni......makan ngan gulai ayam ke..daging ke..ikan ke...sumer sesuai dan menyelerakan.....

Iyta cut n paste resepi tu di sini juga ye...:terima kasih kepada penyumbang resepi ni...

Bahan-bahan ( 16 biji )

  • BAHAN A :
  • 1 peket (11gm) yis mauripan
  • 1 Sb gula
  • 1/4 cawan air
  • BAHAN B :
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 sk garam
  • 1 sb gula
  • 2 sb marjerin @ mentega
  • 200 ml susu cair
  • minyak utk menggoreng
Cara-cara
  1. Dscn0779
    penyediaan yis (bahan A):masukkan yis dlm mangkuk + gula + air dan kacau. tutup dan biarkan sebentar.yis yg elok ia akan berbuih.
  2. Dscn0778
    Tepung gandum + gula + garam + marjerin ,gaul sebentar dan masukkan bancuhan yis tadi.
  3. kemudian masukkan susu.sambil tu tambah air sedikit2.uli hingga jadi doh.
  4. Dscn0780
    Doh harus lah lembut dari doh roti canai.tak perlu uli hingga licin spt buat roti2 lain.tak mengapa jika adunan melekat ditangan,jgn tambah tepung.
  5. tutup dengan kain lembab dan perap selama 1 jam.
  6. selesai perap,tumbuk2 kan doh utk mengeluarkan angin dan bahagikan kepada 16 ketul.buat bulat2.
  7. Dscn0781
    Ambil sebiji dan canai.jgn terlalu nipis.agak2 sndir lah ye..!kemudian letak di dlm dulang yg telah ditabur sedikit tepung.canai hingga habis.
  8. Dscn0788
    bila selesai semuanya boleh digoreng.semasa menggoreng simbah2 kan minyak ke atas roti dan ia akan mengelembung.api jgn terlalu kuat sbb jika minyak terlalu panas roti x sempat kembung.
  9. alih2 kan roti dan masak hinga kekuningan.angkat dan toskan.siap utk dihidang.
  10. Enak dicicah dgn sambal sardin,ikan bilis,kari ayam & daging.SELAMAT MENCUBA..!

3 comments:

MariaFaizal said...

Thanks MamaIyta for sharing this wonderful recipe.One day if I've got suitable oven, I'm gonna try bake my family's own breads.Sure your house smells fantastic!

Salam ziarah :D

MaMa IyTa said...

thanx...sudi singgah...mmg seronok mencuba resepi dan bertambah best lagi bila menjadi...he he he ...anak anak n suami mesti gembira.....

Anonymous said...

nak tanya kenapa saya punyaroti arab tak jadi??saya x bubuh yis saya bubuh ibu roti...